19 Januari 2011

orenteering terbaek!!!!!!!!

pergh terbaek siot orenteering... da lame xbuat cm tuh.. mmg best kelakar pown ad... huhuhuhu... pg2 kiterang masuk lab komputer dulu... En . Hisyam terangkan dulu pasal orenteering.. cm ne nak bce compass,, cm ne nak bce peta.. kiterang pown diajar cm ne nak pgg compass tau.. lame gak duduk dlm comp. lab tuh dalam dua jam gitu.. ase xsaba jee nk start.. before that kiterang ade diberitahu utk sediakan kertas manilakat utk tulis check point dgn bearing kedudukan tempat tu.. ak(comel) kucai (braces) and husin (bangla)HEe. nak tau x name kump kiterang cendol pulut... bkn ak eh yang taruk name tu... kelakar jee.. tp mmg best satu kump dgn dierang... sume jee sporting jee gelak2 jee huhu... mase nak letak checkpoint cp0 tu.. mmg problem ckit rr kiterang a bit keliru.. sbb kiterang egt kan cp0 da kene letak bearing siap2.. sbnanye kene letak kosong degree jee kt situ... kt cp1 bru carik bearing gune compass.. kiterang diberi masa 45min utk letak checkpoint cp0 sampai cp6 kt tempat yang kiterang nak attack... tp distance die xboleyh melebihi 300 m.. En Hisyam ckp.. first checkpoint kiterang kt pokok fsr dkat2 dgn tangga surau... kt situ laa cp1 kiterang lekatkan dkt pokok.. distance die kiterang kne kira mggunakan kaki 2 langkah dikira 1 metre.. kalo jao mmg kne kira betol2 lah..

pening gak lah nk kira distance sbb kene betol2 focus nak wat kalo tersala kira nt menyusahkan group y nk crik checkpoint kite tuu...kt belakang kad board tuu kiterang akan tulis distance dgn bearing spy bg clue kt kump yang akan crik ktrang punye ckeckpoint dgn mggunakan compass... 2nd checkpoint kyerang plak dkt dgn parking kreta dkt dgn fsr jgak.. 3rd checkpoint kterang letak dekat batang petanda jalan sehala.. depan fakulti betul2 tepi jalan.. 4th checkpoint kterang plak dkt tgga batu cave fsr.. ak pggil tgga batu cave sbb tangga tu tggi gler kot... selalu kalo nak pg kelas kne naek tgga tu lah... smpai2 kelas je da berpeluh thap dewa dah.. haih... mmg xtipu rr ak masuk belaja jee berat ak dah turun... mane xnya byk gile tgga kot.. mmg kurus rr kan... ok2.. back to the story.. checkpoint y keempat tu kiterang lekatkan dkat tiang tgga y ke 5... susah jgak nk buat keje sbb ramai pelajar lalu lalang kt tgga tu kan... checkpoint yang ke 5 kiterang letak kt petanda no entry dkat tepi jalan fakulti kesihatan... betul2 tepi jalan.. hehe... kalo dierang xnampak gak xtau laa... bb kiterang wat simple2 je kot... ad kump len tuh letak jao2 sampai xsdar da lebih limit distance yang dtetapkan En Hisyam. checkpoint y ke6 kiterang letakkan kt belakang signboard kt pintu msuk fsr.. tu lah last checkpoint... pastu da tamat... after that sume kumpulan bkumpul blik lepas taruk checkpoint msing2... lepastu kiterang kene bg peta2 checkpoint tu dkt En Hisyam... ramai yang lukis slah.. termasuklah kump kiterang huhuhu... sepatotnya kiterang kne lukis mengikut arah mata angin.. lepas dah betulkan sume tuh.. bru lah kiterang diberi tugas utk carik checkpoint2 tu balik... tp bkan crik checkpoint kump sendiri kiterang kne bertukar dgn kumpulan laen... kiterang kne amik kump togey.. heheh...

kebetulan pulak sebelum start nak crik checkpoint kump togey ak ngn husin sempat g beli hot dog dkat dgn fakulti mascom dan kebetulan plak kiterang lalu depan mesin air dan dkat situ jgak nampak checkpoint last cp6 dierang lg mmpermudahkan keje kiterang laa nt.. huhuh... lepas da mkan sume... then group len sume nye da ready kiterang pown start.. haa time nie laa nk uji kekuatan fizikal korang kne lari lintang pukang nk crik checkpoint heheh... lg satu nk uji sma ad korang pandai k x nak bace compass... mcm2 gelagat, ragam kiterang jumpe... kelakar pown ad.. ad y x tulis bearing dgn distance laa dkat belakang cardboard tuh.. sampai kump yang crik checkpoint tuh dapat crik separuh jalan jee sbb clue xd cm ne nak crik checkpoint seterusnya.. ad yang x jumpe checkpoint sbb salah bace compass laa hahaha... ad yang xjumpe checkpoint sbb group yang lekat checkpoint tuh sorok dalam pokok laa.. haih mcm2... tp group kiterang alhamdulillah group kiterang mng 2nd placing.. dgn catatan masa 5 min 5 saat.. huhuhu terbaek... ok laa kan 2nd placing... mase nak crik checkpoint tuh mmg lari gile2 punya laa... penat kot harituh tp best!... ak sampai nak dtg asthma.. huhu lari punya pasal... mlm tuh ak xtido plak kan... mmg pnat lah.. tp fun rr.. ad gak group y habis lambat sbb xjumpe checkpoint jao sgt kump tu letak... smpai ad yang kne nak bukit laa... msuk hutan2 pokok2 ckit hahahah cian dierang.. so pengajaran jgan laa nak buat keje niat nak knekan kwan n menyusahkan kwan... mmg xsala nk put some adventures tp jgn lah smpai menyeksakan kwan.. cian dierang.. habis jee orenteering ak rushing wat keje bhagian pengankutan utk pg balik camp dgn pengangkutan utk pg training kyak dkat tasik shah alam.. mintak tandatangan dekan laa.. minx surat sokongan dpd En HIsyam laa... mcm2 mmg penat.. naseb bek da settle... huhu... mlm tu ak terus tdo pnat bile kot... hee... ok lah gtg.. salam!

10 Januari 2011

hari ini kite akan belajar pasal camp craft ye anak2..

weee.. x sabo xsabo.. huhuh... okayh2 back to the story..

CARA2 MEMILIH CAMPSITE.. first thing first pastikan tanah itu rata. kalo nk bina khemah kt situ mesti lah kne pastikan tanah tu tidak ditutup dgn batu yang tajam atau ada kayu2 reput yang jatuh atas tanah menyebabkan tanah tuh xrata. juga pastikan tiada pokok mati berdekatan dgn camp site atau batu2 besar yang boleh jatuh atas khemah semasa tido.. pastikan jugak khemah kite berada di tempat tinggi yang x berdekatan dengan tempat2 banjir atau air pasang surut kt pantai.. bkan tu jee kite kena pastikan tempat kite berkhemah xd sarang serangga dkat area2 situ and xd lubang2 atau semak2 diman tempat ular hidup.. huhu..lg satu mestilah khemah kite kena cukup tempat berteduh.. juga tidak terlalu dekat dgn sumber air dimana tempat haiwan minum pada mlam hari.. atau anak sungai yang kering yang boleh banjir tanpa amaran.. kalo x habis lah khemah korang..

second thing is camp layout..
xsala ak laa kalo kie nak tgk atau pilih camp layout tuh mesty laa berdasarkan keadaan cuaca, luas kawasan camp tu jugak keutamaan setiap org yang menyertai campin g tu..

next thing is kalo kite daa pg camping mestilaa kene bawak brang2 yang perlu kan..
dari segi pakaian seseorang yang perlu dibawa adalah seluar panjang utk aktiviti jungle trackking kee, short pants, kalo muslim perempuam xpyah laa laki bole je, sebb nt nak bergerak senang, t-shirt of course penting, pakaian sembahyang contohnya bg lelaki kain pelikat utk kain sembahyang sejadah, yaasin.. bg muslimah plak kain telekung paling penting, sejadah juga buku yaasin. lain dpd tuh sediakan laa jugak pakaian utk aktiviti outdoor yang boleh than lasak.. juga pakaian sukan, topi utk digunakan masa buat aktiviti bwah chaya matahari, baju hujan yang kalis air, wind breaker, hiking boots, and socks..

personal gear plak, back pack, mass tins, personal medication in case if anything happen kan, water bottle, pen knife, camera, stationeries, log book, toiletries, sleeping mat, 3 metres ropers and triangle bandage, sleeping bag, whistle, dish water, can opener..

harini kiterang belajar jugak serba sedikit jenis2 nak ikat tali.. nice! just for preparation utk camp laa kan.. tp mmg happening ade gak rr nak mengantuk dgr ase nk tdo.. tp last2 mate jd fresh jee uhuhu.. best! tp arini ak xbwak pown tali kernmental tuh tp igt laa jgak ap yang En Hisyam ajar.. huhu iaitu double sheet band, single sheet bend, sheet bend, single bowline.. huhuhu best!

04 Januari 2011

Pengenalan kepada Konsep Asas Rekreasi

Waaaa~!! Hari nie En Hisham bg explaination about concept recreational huhu... best3!! Rasa cm x sabar laa pulak nk pg camping. huhuhu. Mcm2 pengalaman diceritakan huhu. Berdasarkan dpd ceramah tersebut jugak lah sy dpt ilmu. Adala serba sedikit pasal pertubuhan rekreasi. Apa y saya tahu, rekreasi telah bermula atau dikenali sebagai aktiviti sukan sebelum malaysia merdeka lg. Pertubuhan RAKAN MUDA juga telah wujud pd tahun 1994 dan diperkenalkan oleh Dato' Abdul Ghani Othman. Pada tahun 1996, MALAYSIA CERGAS pula ditubuhkan. Rekreasi juga mempunyai maksudnya tersendiri iaitu :

A : absense of necessity.
P : pursuit of personal satisfaction.
I : important of play.
s : social dimension of leisure.

Dalam kata lain juga rekreasi juga bermaksud aktiviti yang menumpukan pada waktu lapang atau seseorang y mempunyai waktu lapang, yang menyenangkan and socially redeeming qualities.

Terdapat juga outdoor aktivity y bermaksud mana2 aktiviti rekreasi y dijalankan di luar rumah. Outdoor pursuit pula merupakan bhagian kedua atau pun subset bg outdoor recreation. Berdasarkan ap yang sy tahu ia mewakili tindakan yang dilakukan atas kemahuan diri sendiri apabila di persekitaran di luar rumah.Ia tidak merangkumi aktivi luar rumah y menggunakan objek yang bermotor mahupun tenaga binatang.

Bukan tu aje tau, aktivi mengembara pun mempunyai pelbagai contoh iaitu berjalan kaki, biking, boating, horseling, driving for pleasure, sailing and also canoeing.
Bg social activity pulak, contohnya games and sport, camping, picnicking and swimming. High adventure activity contohnya survival trips, back packing and white water rafting. Selain itu, Aesthetic/artistic activities plak contohnya photography, sightseeing, painting, crafts and nature study. Bg survival replay juga terdapat pelbagai aktivity iaitu fishing, hunting and camping.

Terdapat 8 resources utk melakukan aktiviti rekreasi yang mempunyai cabangnya tersendiri iaitu :

1. Forest : (a) recreational forest.
(b) permanent forest.
(c) virgin jungle forest reserve.

2. Park : (a) national park.
(b) state park.
(c) theme park.

3. Cultural & Historical Park : (a) building.
(b) archeology.
(c) historical sites.
(d) custom & culture.

4. Mountain & Hill : (a) mountain in.
(b) hill.
(c) valley.
(d) range.

5. River and Lake : (a) waterfall.
(b) cascade.
(c) natural lake.
(d) estuary.

6. Beaches Sea and Island : (a) beaches.
(b) island.
(c) mangrove.
(d) sea.

7. Caves : (a) limestone cave.
(b) geology wall.

8. Wilderness : (a) wild life reserve.
(b) flora conservation area.
(c) special features.

Akhir sekali, kelebihan menjalankan aktiviti rekreasi adalah :

1. to have fun.
2. for relaxation.
3. untuk kesihatan diri dan juga senaman.
4. to experience nature.
5. menguji ketahanan diri apabila berseorangan di dalam hutan.
6. mewujudkan persaingan dalam diri seseorang supaya ingin berdikari serta maju dpd org lain.
7. for the family to be together.
8. untuk mengurangkan tekanan pd diri.
9. to be with freinds.
10. for rexcitement.

okayh.. sy rase ini ilmu y sy dpt mase berada dalam kelas td. berbaloi lah jugak hope bleh guna bila diperlukan nanti. and hope diberkati hihi.. bye~

Pengalaman camping adeyh x(

huhu. Kalau nk dikatakan ape yang ak cite nie. Semuanya ingat2 lupa je. hihi. btw bg ak pengalaman camping kt Terengganu tu memang terbaek. Tempat pun da tak ingat tp ap yang ak ingat ak pg sana masa umur ak 14 tahun. huhuhu lame kan?? Masa tu ak sekolah kt selangor lg, nama sekolah tu Sek. Men. Sultan Abdul Aziz Shah. Ak ingat lg time tu semuanya sebok mendaftarkan diri kt meja pendaftaran di dewan pada pukul 8 pagi. Tak silap ak seramai 200 pelajar daripada tingkatan 2 & 3 terlibat. Perkhemahan tu selama 4 hari 3malam. Perjalanan pulak mengambil masa selama 8 jam. bertolak pulak pada pukul 9. Tak kebas pulak kan badan duduk dalam bus lama2. Tetapi ad jugak la berhenti2 kt kawasan rehat.

So, kita orang sampai dalam pukul 4 atau 5 petang cm tu. Sampai2 je, kitaorang diberi penerangan dan kami semua diarahkan memasang khemah. Dalam khemah tu boleh muat dalam 4 orang. Siap pasang khemah,kiterang semua pergi makan petang dan selepas tu kiterang di bagi masa berehat. hehe. Pukul 8 malam, kiterang semuanya dah siap mandi dan sembahyang maghrib. Selepas tu pergi makan malam. Sebaik habis makan je kitarang ad perjumpaan. Ada aktiviti yang fasilitator buat iaitu ice breaking. Kononnya aktiviti berkenalan antara satu sama lain la. Best sgt! Sebab dapat kawan2 baru. Maklumlah ak ni kalau nak cakap ad kawan ramai x jugak hehe. Ak rase mase tu la ak dapat ramai kawan. Tepat pukul 11 malam kiterang diarahkan balik ke khemah utk tido sebab esk harinya kiterang kena bangun pagi.

Hari kedua, pukul 7.30 pagi aktiviti senaman dijalankan. Lama jugak la bersenam siap ad joget2 lg. hihi. Best! semuanya have fun and enjoy je. Habis je balik kt khemah masing2 rehat buat seketika. Pukul 9 pagi tepat kiterang pergi jungle tracking pulak. Merayau2 dalam hutan naik bukit turun bukit, macam2 ad yang terjatuh la sebab terpijak kayu reput. huhu. Adventure betul. Pukul 11 tengahari kiterang sampai kt kawasan perkhemahan. Penat la jugak, tp nak buat mcm mana rase seronok membuatkan masing2 lupa rasa penat. Kami semua diberi masa selama 1 jam berehat dalam khemah tepat pukul 12 makanan disediakan kepada semua pelajar untuk makan tengah hari. Selesai makan, sembahyang zohor dan rehat tepat pukul 3 petang kami semua diarahkan untuk berkumpul kerana ad sedikit taklimat dan aktiviti iaitu aktiviti riadah. Pada pukul 5 petang kami semua diberi makan petang dan selepas itu rehat dan juga sembahyang. Pada pukul 8 malam seperti biasa dinner. Pada waktu malam pula pada pukul 9, kami berkumpul untuk mendengar taklimat bagi aktiviti seterusnya iaitu nite walk. Pada malam tu kiterang semuanya akan dilepaskan seorang demi seorang dalam hutan. Time tu rasa gemuruh takot semuanya ad. hihi. Tapi nak buat mcm mana kan da memang one of the activity yang dierang anjurkan so wajib join. Ap yang ak ingat time tu kiterang akan dilepaskan mengikut kumpulan, masa yang diambil agak lama jugak. Kalau xsilap pukul 3 pagi baru habis. Fuhh~! time tu mengantok sangat2. Habis je night walk kiterang terus diberi pelepasan balik ke khemah untuk tido.

Keesokan harinya, aktiviti pada waktu pagi berjalan seperti biasa bersenam, breakfast and then rehat. But pada pukul 9 kiterang ad aktiviti lain iaitu flying fox. Terbaik kot!~. pada mulanya kami semua kena mendaki bukit selama 15 minit. Sampai aje kat check point tu seorang demi seorang dilepaskan untuk turun ke bawah menggunakan flying fox. Macam2 gelagat ad. Ad yang menangis la xnak naik benda tu. Tp bagi ak tu la aktiviti paling best semasa berada kt perkhemahan tu. huhu. Habis je pukul 10 kiterang diberi makan tengah hari. Pukul 11 pulak kiterang perlu buat aktiviti yang seterusnya iaitu kayak. Kayak pun boleh tahan best ye. Jauh jugak ak dengan partner ak mendayung sampan heheh. Tp mmg adventure pengalaman paling best xpernah ak dapat. Ok la ak rase ak pergi camping tu ak dapat sumthing. Xd la sia2 kan. hehe. Pukul 4 lebih aktiviti tersebut habis, penat tahap dewa kot~. Selepas tu kiterang berkumpul untuk taklimat bagi waktu malam untuk aktiviti yang terakhir. Habis je taklimat kiterang balik ke khemah masing2, rehat, sembahyang, cuci badan dan packed barang. Pada waktu malam, disediakan makan malam,rehat dan pukul 9 persembahan bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan kena melakukan persembahan tradisional bagi masyarakat melayu serta mesti menyampaikan sebuah lagu yang mewakili seluruh ahli kumpulan. Memang menyeronokkan. Akhir sekali penyampaian hadiah dibuat. Semua kumpulan mendapat hadiah berupa hamper yang mempunyai makanan2 ringan snek untuk dikongsi oleh setiap kumpulan. Tamat sahaja penyampaian hadiah kami bersalam salaman sebagai tanda perpisahan pada malam terakhir. Pada pukul 1 pagi kami pulang ke khemah untuk tidur.

Hari keempat, seperti biasa pada waktu pagi kami melakukan aktiviti senaman dan juga sarapan pagi. Pada pukul 9 pagi kami diberi hadiah cenderamata sebagai tanda penghargaan daripada pusat perkhemahan tersebut. Bagi pandangan ak ok la. pada waktu tengah hari kiterang makan dan pada pukul 1 perjumpaan bagi kali terakhir dibuat bagi taklimat untuk mengemas khemah. Selesai mengemas khemas serta meletakkan semua barang kedalam bus, kami bersiap sedia utk pulang pada pukul 3 dan kami sampai ke sekolah pada pukul 10 malam. Memang terasa penat tp keseronokan sertan mendapat rakan baru juga pengalaman yang kita dapat amat bebaloi. Ak rasa bertuah sangat sebab dapat mengikuti aktivi perkhemahan tersebut.

So, tu lah pengalaman ak dalam melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan. hope korang enjoy bace ek. Walaupun x seberapa, ak pun 1st time buat blog nie hihi. Kalau ad tersala bahasa atau cakap maaf ye. ok la. got to go. assalammualaikum! :)