04 Januari 2011

Pengalaman camping adeyh x(

huhu. Kalau nk dikatakan ape yang ak cite nie. Semuanya ingat2 lupa je. hihi. btw bg ak pengalaman camping kt Terengganu tu memang terbaek. Tempat pun da tak ingat tp ap yang ak ingat ak pg sana masa umur ak 14 tahun. huhuhu lame kan?? Masa tu ak sekolah kt selangor lg, nama sekolah tu Sek. Men. Sultan Abdul Aziz Shah. Ak ingat lg time tu semuanya sebok mendaftarkan diri kt meja pendaftaran di dewan pada pukul 8 pagi. Tak silap ak seramai 200 pelajar daripada tingkatan 2 & 3 terlibat. Perkhemahan tu selama 4 hari 3malam. Perjalanan pulak mengambil masa selama 8 jam. bertolak pulak pada pukul 9. Tak kebas pulak kan badan duduk dalam bus lama2. Tetapi ad jugak la berhenti2 kt kawasan rehat.

So, kita orang sampai dalam pukul 4 atau 5 petang cm tu. Sampai2 je, kitaorang diberi penerangan dan kami semua diarahkan memasang khemah. Dalam khemah tu boleh muat dalam 4 orang. Siap pasang khemah,kiterang semua pergi makan petang dan selepas tu kiterang di bagi masa berehat. hehe. Pukul 8 malam, kiterang semuanya dah siap mandi dan sembahyang maghrib. Selepas tu pergi makan malam. Sebaik habis makan je kitarang ad perjumpaan. Ada aktiviti yang fasilitator buat iaitu ice breaking. Kononnya aktiviti berkenalan antara satu sama lain la. Best sgt! Sebab dapat kawan2 baru. Maklumlah ak ni kalau nak cakap ad kawan ramai x jugak hehe. Ak rase mase tu la ak dapat ramai kawan. Tepat pukul 11 malam kiterang diarahkan balik ke khemah utk tido sebab esk harinya kiterang kena bangun pagi.

Hari kedua, pukul 7.30 pagi aktiviti senaman dijalankan. Lama jugak la bersenam siap ad joget2 lg. hihi. Best! semuanya have fun and enjoy je. Habis je balik kt khemah masing2 rehat buat seketika. Pukul 9 pagi tepat kiterang pergi jungle tracking pulak. Merayau2 dalam hutan naik bukit turun bukit, macam2 ad yang terjatuh la sebab terpijak kayu reput. huhu. Adventure betul. Pukul 11 tengahari kiterang sampai kt kawasan perkhemahan. Penat la jugak, tp nak buat mcm mana rase seronok membuatkan masing2 lupa rasa penat. Kami semua diberi masa selama 1 jam berehat dalam khemah tepat pukul 12 makanan disediakan kepada semua pelajar untuk makan tengah hari. Selesai makan, sembahyang zohor dan rehat tepat pukul 3 petang kami semua diarahkan untuk berkumpul kerana ad sedikit taklimat dan aktiviti iaitu aktiviti riadah. Pada pukul 5 petang kami semua diberi makan petang dan selepas itu rehat dan juga sembahyang. Pada pukul 8 malam seperti biasa dinner. Pada waktu malam pula pada pukul 9, kami berkumpul untuk mendengar taklimat bagi aktiviti seterusnya iaitu nite walk. Pada malam tu kiterang semuanya akan dilepaskan seorang demi seorang dalam hutan. Time tu rasa gemuruh takot semuanya ad. hihi. Tapi nak buat mcm mana kan da memang one of the activity yang dierang anjurkan so wajib join. Ap yang ak ingat time tu kiterang akan dilepaskan mengikut kumpulan, masa yang diambil agak lama jugak. Kalau xsilap pukul 3 pagi baru habis. Fuhh~! time tu mengantok sangat2. Habis je night walk kiterang terus diberi pelepasan balik ke khemah untuk tido.

Keesokan harinya, aktiviti pada waktu pagi berjalan seperti biasa bersenam, breakfast and then rehat. But pada pukul 9 kiterang ad aktiviti lain iaitu flying fox. Terbaik kot!~. pada mulanya kami semua kena mendaki bukit selama 15 minit. Sampai aje kat check point tu seorang demi seorang dilepaskan untuk turun ke bawah menggunakan flying fox. Macam2 gelagat ad. Ad yang menangis la xnak naik benda tu. Tp bagi ak tu la aktiviti paling best semasa berada kt perkhemahan tu. huhu. Habis je pukul 10 kiterang diberi makan tengah hari. Pukul 11 pulak kiterang perlu buat aktiviti yang seterusnya iaitu kayak. Kayak pun boleh tahan best ye. Jauh jugak ak dengan partner ak mendayung sampan heheh. Tp mmg adventure pengalaman paling best xpernah ak dapat. Ok la ak rase ak pergi camping tu ak dapat sumthing. Xd la sia2 kan. hehe. Pukul 4 lebih aktiviti tersebut habis, penat tahap dewa kot~. Selepas tu kiterang berkumpul untuk taklimat bagi waktu malam untuk aktiviti yang terakhir. Habis je taklimat kiterang balik ke khemah masing2, rehat, sembahyang, cuci badan dan packed barang. Pada waktu malam, disediakan makan malam,rehat dan pukul 9 persembahan bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan kena melakukan persembahan tradisional bagi masyarakat melayu serta mesti menyampaikan sebuah lagu yang mewakili seluruh ahli kumpulan. Memang menyeronokkan. Akhir sekali penyampaian hadiah dibuat. Semua kumpulan mendapat hadiah berupa hamper yang mempunyai makanan2 ringan snek untuk dikongsi oleh setiap kumpulan. Tamat sahaja penyampaian hadiah kami bersalam salaman sebagai tanda perpisahan pada malam terakhir. Pada pukul 1 pagi kami pulang ke khemah untuk tidur.

Hari keempat, seperti biasa pada waktu pagi kami melakukan aktiviti senaman dan juga sarapan pagi. Pada pukul 9 pagi kami diberi hadiah cenderamata sebagai tanda penghargaan daripada pusat perkhemahan tersebut. Bagi pandangan ak ok la. pada waktu tengah hari kiterang makan dan pada pukul 1 perjumpaan bagi kali terakhir dibuat bagi taklimat untuk mengemas khemah. Selesai mengemas khemas serta meletakkan semua barang kedalam bus, kami bersiap sedia utk pulang pada pukul 3 dan kami sampai ke sekolah pada pukul 10 malam. Memang terasa penat tp keseronokan sertan mendapat rakan baru juga pengalaman yang kita dapat amat bebaloi. Ak rasa bertuah sangat sebab dapat mengikuti aktivi perkhemahan tersebut.

So, tu lah pengalaman ak dalam melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan. hope korang enjoy bace ek. Walaupun x seberapa, ak pun 1st time buat blog nie hihi. Kalau ad tersala bahasa atau cakap maaf ye. ok la. got to go. assalammualaikum! :)

2 ulasan: